Saturday, December 11, 2010

Maljis Awal Muharram 1433 dan Penghargaan pelajar cemerlang UPSR Kg Pertama





















Sekitar maljis Awal Muharram 1433 dan penghargaan pelajar cemerlang UPSR Kg Pertama yang telah selamat diadakan di Masjid Papan Kg Pertama baru-baru ini. Walaupun pada hari tersebut hujan dipagi hari ia tidak menjadi penghalang kepada ibubapa pelajar dan penduduk2 kampung hadir menraikan maljis tersebut.

YB Dato Arif Shah selaku Adun Seberang Jaya juga dijemput hadir dalam maljis tersebut untuk menyampaikan cenderamata dan penghargaan kepada pelajar2 UPSR.

Dari pihak AJK Komuniti Bestari Kg Pertama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk2 yang datang walaupun hujan dan pada mereka yang terlibat menjayakan maljis tersebut dengan itu semoga maljis ini dirahmati Allah SWT.

Sunday, May 23, 2010

Konvensyen Komuniti BESTARI Pulau Pinang di puncak Gunung Jerai, Kedah



















Pada 22~23~/5/2010 AJK Komuniti Bestari Kampung Pertam telah menghadiri Konvensyen Bestari di resort dekat puncak Gunung Jerai, kesemua AJK Komuniti Bestari seluruh hadir pada konvesyen tersebut, gambar diatas di sekitar konvesyen berlangsung.

Tuesday, February 23, 2010

Program Muda Mudi Gotong Royong dan Mengecat Masjid Papan Kg Pertama

























































































































Pada 21 Feb 2010 lepas , satu program Muda Mudi Gotong Royong Mengecat di Masjid Papan Kg Pertama telah diadakan oleh Qariah Masjid Papan Kg Pertama dan Pusat Khidmat YB Arif Shah serta kerjasama GB4B Kg Pertama, AJK GB4B Kaw Pmtg Pauh dan juga pelajar-pelajar dari UiTM (SPT) dan Politeknik Seberang Perai (SPT).
Diharapkan program ini benar-benar memberi manfaat kepada semua dan juga mampu merapatkan ukhwah di kalangan masyarakat dan muda-mudi. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dan khususnya para pelajar dari UITM dan politeknik yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program tersebut yang mulai ini.

Sunday, December 27, 2009

Dewan Komuniti Bestari-Dipecah Masuk

Tempat Sound System yang telah dicuri
Tempat komputer Kemas yang dicuri


Tempat komputer Komuniti Bestari yang telah dicuri



BERITA SEDIH, Dewan Orang Ramai/Tabika Kampung Pertama ditimpa malang lagi, pada 18/12/2009 yang lalu, dewan dipecah masuk olah pencuri, kesemua peralatan2 komputer, Sound System hakmilik Komuniti Bestari dan juga komputer hakmilik KEMAS turut dicuri. Didapati pencuri telah memecah masuk pada malam hari daripada pintu tepi yang berhampiran meja guru TABIKA. Pihak Komuniti hanya menyedari pada 10pagi Jumaat dan telah membuat lapor pada Pihak Polis pada hari yang sama.
Kejadian ini beri kesan yang amat besar bagi AJK Komuniti Kg Pertama, Pergerakan Belia 4B Kampung Pertama dan juga Kawasan Permatang Pauh kerana banyak maklumat2 ada tersimpan pada komputer2 tersebut, dibawah adalah barang2 yang telah dicuri:-

1) 2 -monitor LCD
2) 4 -CPU komputer
3) 1set -System Equalizer
4) 2 - Sound system (2Kaki)
5) 1 set- Alat2 mikrofon

Kepada sesiapa yang ada maklumat, sila lapor segera kepada Balai Polis yang berhampiran. Dengan peristiwa malang ini kami dipihak AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama dengan berbesar hati kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan yang bentuk wang atau peralatan adalah amat di alu-alukan, anda bolehlah hubungi:-
Sdr Halim Abu Bakar ( Pengerusi Komuniti-No Tel: 013-4305065)
Sdr Faizal (Ketua Belia 4B Caw-No Tel:019-4232827)
Atas kesudian anda dapatlah pihak kami menjalankan kerja amal dan sukarela ini seperti sediakala.

Sunday, December 13, 2009

Pemohonan beras (SUBUR)

Gambar hiasan

Semalam 13 Disember 09 orang2 kampung yang taraf miskin dan juga mereka yang berpendapatan dibawah RM1500 sebulan telah datang ke dewan Komuniti untuk mengisi borang pemohonan beras subsidi atau 'SUBUR' dari kerajaan pusat.

Bagi mereka yang layak dan telah menyerah borang pemohonan di harap bersabar kerana borang2 pemohonan mereka akan di hantar kepada badan yang dipertanggungjawabkan dalam urusan 'SUBUR' ini, dan kepada mereka yang berkelayakan AJK Komuniti Kg Pertama ucapkan semoga pemohonan anda harap diterima dan dapat meringankan sedikit perbelanjaan dapur.

Harapan bersyukurlah dengan rahmatNYA dan berterima kasihlah kepada kerajaan pusat dengan sedikit sumbangan/skim beras ini kerana keperihatinan kerajaan pusat dengan permasalahan rakyat.

Monday, December 7, 2009

Sekitar gotong-royong Perdana-Kompleks D, Seberang Jaya

Pelajar2 UiTM bersama bergotong-royong

Bersantai dengan sedikit hiburan

Pelajar2 perempuan UiTM sedang cuci longkang

Penghuni2 Kompleks D turut bersama2 bergotong-royong

Program 'Gotong-Royong Perdana' yang baru diadakan 6/12/2009 di kompleks D, Sbg. Jaya atas anjuran UiTM P.Pinang bersama Adun Seberang Jaya adalah amat berjaya kerana program ini telah mendapat sambutan dari pelajar2 UiTM,penghuni2/orang ramai. Keseluruhan 500~600 orang hadir dan terlibat dalam program tersebut.

Hampir 400 orang pelajar2 UiTM P.Pinang yang hadir untuk bersama bergotong-royong dalam program tersebut, Komuniti Kg Pertama berharap program seperti ini dapat diadakan di kawasan lain2 seperti kampung2 , bolehlah ia dijadikan sebagai amalan di hari cuti2 atau hujung minggu bagi penduduk kampung kerana aktiviti2 begini mampu memupuk kecintaan kepada kebersihan bagi belia2 dan penduduk2 kampung.

AJK Belia 4B Caw Kampung Pertama juga terlibat dalam program ini dan berbangga dapat bersama2 pelajar2 Uitm/penduduk2/orang ramai dalam program gotong-royong perdana/kenduri rakyat ini.

Tuesday, November 24, 2009

Yen Tok Ceh kembali ke rahmatullah

Pada pagi 24 hb November 2009, Komuniti Kampung Pertama mendapat berita sedih bahawa Abdul Jalil bin Majid atau di kenali 'Yen Tok Ceh' yang berniaga burger dihujung Kampung Pertama telah kembali ke rahmatullah, beliau menghembus nafas terakhir dihospital kerana mengidap sakit kencing manis yang serius. Jenazah arwah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas Asar. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.


Al-Fatihah


Amin