Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.
Tuesday, November 24, 2009
Yen Tok Ceh kembali ke rahmatullah
Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.
Tragedi 20hb November
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang ramai, kawan2 arwah, sahabat2 arwah dan juga penduduk kampung Pertama datang bersama mencari dan menyelamat beliau. Mereka semua berkampung ditebing sungai sehingga pagi dalam misi usaha mencari dan menyelamat. Akhirnya mayat arwah ditemui pada pukul 7.30 pagi hari Ahad 22 hb November, mayatnya terdampar di seberang sungai kira-kira 400 meter dari tempatnya terjatuh. Kemudian jenazah dihantar ke hospital untuk proses postmortem dan jenazah selamat dikebumikan pada hari yang sama pada pukul 3.00petang. Tragedi ini juga telah disiarkan di media cetak tanah air-klik sini,klik sini.
Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat adik beliau sehingga jenazah adik beliau ditemui dan selamat dikebumikan.
Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah Zulkefli dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.
Al-Fatihah.
Amin.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1430 H
PENGERTIAN & HUKUM QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
- Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
- Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
- Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
Wednesday, November 18, 2009
Pemeriksaan SPM 2009
Rabu, semalam 18 November adalah hari exam SPM bagi pelajar tingkatan 5, kami warga Komuniti dan seluruh penduduk kampung berdoa kepadaNYA dengan harapan agar setiap anak2/pelajar2 Kampung Pertama yang akan menduduki pemeriksaan SPM tahun ini dapat menjawab dengan tenang dan betul pada setiap soalan2, oleh itu disarankan setiap pelajar menbaca Surah An-Nas sebelum peperiksaan bermula, kerana Surah An-Nas ini mampu beri ketenangan kepada pelajar2 ketika menjawab soalan2 di atas kertas tanpa rasa was-was.
Dengan ini warga Komuniti Bestari Kg Pertama berharap setiap pelajar2 semoga akan mendapat keputusan yang amat cemerlang pabila keputusan diumumkan nanti, moga kejayaan pelajar2 ini menjadi kebanggaan ibubapa mereka dan juga penduduk2 Kampung Pertama khususnya, dengan kejayaan mereka SPM tahun ini, ia juga akan menjadi penaik semangat pada anak2/adik2/pelajar2 Kampung Pertama yang bakal mengambil SPM pada tahun hadapan.
Tuesday, November 17, 2009
KEMAH MOTIVASI BELIA BERPERSATUAN
Semua aktiviti2 yang telah dirancang mendapat kerjasama yang baik dari peserta2 belia dan semua peserta2 belia berjaya mengharungi cabaran2 setiap aktiviti2 disediakan oleh pihak penganjur. Bagi peserta2 belia, mereka amat gembira dengan mendapat pengalaman baru sepanjang program ini dan ada dikalangan peserta2 pada mula takut dengan aktiviti yang baru pada mereka, tetapi akhirnya ia menjadi berani dan berminat dengan aktiviti tersebut.
Seluruh AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan tahniah pada Pengerakan Belia 4B caw. Kampung Pertama kerana berjaya menjalankan program ini dengan selamat selama 2 hari satu malam dan dapat mendidik belia2 kampung erti sebenar Belia Berpersatuan.
Thursday, November 12, 2009
Kursus Latihan Komputer- PERCUMA
PERCUMA!!!
PERCUMA!!!
JANGAN LEPASKAN!!!
Tuesday, November 10, 2009
Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan
Pada 25 Okt 09, baru2 ini di dewan komuniti Kampung Pertama telah berlangsung satu kursus bertajuk Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan, kursus anjuran JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PULAU PINANG bersama GERAKAN BELIA 4B PERMATANG PAUH, kursus ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimanakah cara haiwan ternakan hendak di sembelih yang dibenarkan dalam Agama Islam dan HALAL dimakan untuk umat Islam.
Kursus ini mendapat sambutan luarbiasa daripada peserta2 dikalangan seluruh penduduk2 Permatang Pauh dan komuniti Kg Pertama. Setiap peserta disediakan SIJIL PENYEMBELIHAN HAIWAN TERNAKAN yang sah dari KEMAS Pulau Pinang. Kursus ini juga mendapat perhatian media SINAR HARIAN dan telah disiarkan dalam akhbar pada 27 Okt 09 dan di TV RTM1 pada 10 Okt 09 didalam slot peristiwa-Berita Nasional.
Dengan ini kami dari pihak Komuniti mengalu-alukan lain2 kursus dapat diwujudkan lagi bagi memberi maafaat pada seluruh penduduk Kampung Pertama dan penduduk Permatang Pauh.
Ribuan terima kasih kepada pihak menganjur dari Komuniti Bestari Kampung Pertama.
Monday, November 9, 2009
Sesi Taklimat Menaiktaraf Sungai Pertama
Sesi soal jawab diantara penduduk dan JPS
Baru-baru ini di dewan Komuniti Bestari Kampung Pertama telah mengadakan maljis taklimat penaiktaraf sungai Pertama kepada penduduk2 yang rumah mereka terlibat dengan kerja2 penaiktaraf Sungai Pertama , taklimat ini dikelolai oleh pegawai2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS).
Matlamat JPS adalah untuk memberi memberitahu kerja2 penaiktaraf Sungai Pertama akan bermula pada para penduduk2, maljis ini mengadakan sesi soaljawab penduduk2 terus kepada JPS, maljis ini juga dihadiri sendiri wakil rakyat iaitu ADUN Seberang Jaya iaitu Dato' Arif Shah dan AJK komuniti dan juga JKKKP Kampung Pertama.
Dengan itu Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penduduk2 yang terlibat dengan penaiktaraf kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada JPS dan kepuasan pada yang semua hadiri maljis.
Dengan ahkir kata 'SAYANGILAH SUNGAI KITA'
Sunday, November 8, 2009
Selamat Datang ke Blog Komuniti Kampung Pertama
Assalamualaikum...Selamat Sejahtera....
Selamat Datang ke blog Komuniti Bestari Kampung Pertama...
Tujuan blog ini dilancarkan adalah untuk memastikan segala aktiviti2, peristiwa2, program2, rintihan2 dan semua2 perkara2 yang berkaitan penduduk-penduduk Kampung Pertama dapat dirakamkan didalam blog ini...
Kepada penduduk Kampung Pertama diharapkan dapat menlayari blog ini dimana anda berada, walaupun dimana jua..seluruh dunia...dengan itu diminta bersama2 menasihati dan komen2 yang menbina kepada AJK Komuniti Bestari didalam blog ini.
Diminta penduduk-penduduk kampung memhebahkan pelancaran Blog ini kepada semua penduduk2 Kampung Pertama didalam kampung dan diluar kampung Pertama supaya mereka dapat mengikuti perkembangan kampung kita. Dan kepada sesiapa yang ingin merakamkan aktiviti2, peristiwa2, kenangan manis dan sebagainya mengenai keluarganya sila hubungi Sdr Halim Abu Bakar (Hp: 013-4305065) atau e-mail kepada komunitikgpertama@gmail.com.my
Disudahi dengan ucapan TERIMA KASIH kepada semua dari AJK Komuniti Kg Pertama dan JKKKP.
Assalamualaikum...