Sunday, December 13, 2009

Pemohonan beras (SUBUR)

Gambar hiasan

Semalam 13 Disember 09 orang2 kampung yang taraf miskin dan juga mereka yang berpendapatan dibawah RM1500 sebulan telah datang ke dewan Komuniti untuk mengisi borang pemohonan beras subsidi atau 'SUBUR' dari kerajaan pusat.

Bagi mereka yang layak dan telah menyerah borang pemohonan di harap bersabar kerana borang2 pemohonan mereka akan di hantar kepada badan yang dipertanggungjawabkan dalam urusan 'SUBUR' ini, dan kepada mereka yang berkelayakan AJK Komuniti Kg Pertama ucapkan semoga pemohonan anda harap diterima dan dapat meringankan sedikit perbelanjaan dapur.

Harapan bersyukurlah dengan rahmatNYA dan berterima kasihlah kepada kerajaan pusat dengan sedikit sumbangan/skim beras ini kerana keperihatinan kerajaan pusat dengan permasalahan rakyat.

No comments:

Post a Comment