Sunday, December 27, 2009

Dewan Komuniti Bestari-Dipecah Masuk

Tempat Sound System yang telah dicuri
Tempat komputer Kemas yang dicuri


Tempat komputer Komuniti Bestari yang telah dicuri



BERITA SEDIH, Dewan Orang Ramai/Tabika Kampung Pertama ditimpa malang lagi, pada 18/12/2009 yang lalu, dewan dipecah masuk olah pencuri, kesemua peralatan2 komputer, Sound System hakmilik Komuniti Bestari dan juga komputer hakmilik KEMAS turut dicuri. Didapati pencuri telah memecah masuk pada malam hari daripada pintu tepi yang berhampiran meja guru TABIKA. Pihak Komuniti hanya menyedari pada 10pagi Jumaat dan telah membuat lapor pada Pihak Polis pada hari yang sama.
Kejadian ini beri kesan yang amat besar bagi AJK Komuniti Kg Pertama, Pergerakan Belia 4B Kampung Pertama dan juga Kawasan Permatang Pauh kerana banyak maklumat2 ada tersimpan pada komputer2 tersebut, dibawah adalah barang2 yang telah dicuri:-

1) 2 -monitor LCD
2) 4 -CPU komputer
3) 1set -System Equalizer
4) 2 - Sound system (2Kaki)
5) 1 set- Alat2 mikrofon

Kepada sesiapa yang ada maklumat, sila lapor segera kepada Balai Polis yang berhampiran. Dengan peristiwa malang ini kami dipihak AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama dengan berbesar hati kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan yang bentuk wang atau peralatan adalah amat di alu-alukan, anda bolehlah hubungi:-
Sdr Halim Abu Bakar ( Pengerusi Komuniti-No Tel: 013-4305065)
Sdr Faizal (Ketua Belia 4B Caw-No Tel:019-4232827)
Atas kesudian anda dapatlah pihak kami menjalankan kerja amal dan sukarela ini seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment