Tuesday, November 24, 2009

Tragedi 20hb November


Allahyarham Zulkefli bin Abu Bakar
Mayat arwah ketika ditemui

Pada 20 hb November yang lalu telah berlaku satu tragedi yang mengejutkan seluruh penduduk Kampung Pertama, seorang anak muda kampung Pertama telah terjatuh dan lemas di pintu air lapan yang berhampiran dengan Taman Burung Seberang Jaya, beliau adalah Allahyarham Zulkefli bin Abu Bakar adik kepada Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Pertama, kejadian berlaku ketika beliau pergi memancing bersama seorang kawan Mohd Zaini.

Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang ramai, kawan2 arwah, sahabat2 arwah dan juga penduduk kampung Pertama datang bersama mencari dan menyelamat beliau. Mereka semua berkampung ditebing sungai sehingga pagi dalam misi usaha mencari dan menyelamat. Akhirnya mayat arwah ditemui pada pukul 7.30 pagi hari Ahad 22 hb November, mayatnya terdampar di seberang sungai kira-kira 400 meter dari tempatnya terjatuh. Kemudian jenazah dihantar ke hospital untuk proses postmortem dan jenazah selamat dikebumikan pada hari yang sama pada pukul 3.00petang. Tragedi ini juga telah disiarkan di media cetak tanah air-klik sini,klik sini.

Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat adik beliau sehingga jenazah adik beliau ditemui dan selamat dikebumikan.

Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah Zulkefli dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.

Al-Fatihah.

Amin.

No comments:

Post a Comment