Tuesday, November 10, 2009

Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan

Para peserta2 telah menerima sijil masing2

Salah seorang peserta menerima sijil dari ADUN Seberang Jaya

Peserta2 menyaksikan cara penyembelihan ayam

Peserta2 dari seluruh Permatang Pauh

Pihak penganjuran memberi penerangan cara2 penyembelihan


Pada 25 Okt 09, baru2 ini di dewan komuniti Kampung Pertama telah berlangsung satu kursus bertajuk Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan, kursus anjuran JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PULAU PINANG bersama GERAKAN BELIA 4B PERMATANG PAUH, kursus ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimanakah cara haiwan ternakan hendak di sembelih yang dibenarkan dalam Agama Islam dan HALAL dimakan untuk umat Islam.

Kursus ini mendapat sambutan luarbiasa daripada peserta2 dikalangan seluruh penduduk2 Permatang Pauh dan komuniti Kg Pertama. Setiap peserta disediakan SIJIL PENYEMBELIHAN HAIWAN TERNAKAN yang sah dari KEMAS Pulau Pinang. Kursus ini juga mendapat perhatian media SINAR HARIAN dan telah disiarkan dalam akhbar pada 27 Okt 09 dan di TV RTM1 pada 10 Okt 09 didalam slot peristiwa-Berita Nasional.

Dengan ini kami dari pihak Komuniti mengalu-alukan lain2 kursus dapat diwujudkan lagi bagi memberi maafaat pada seluruh penduduk Kampung Pertama dan penduduk Permatang Pauh.

Ribuan terima kasih kepada pihak menganjur dari Komuniti Bestari Kampung Pertama.

No comments:

Post a Comment