Tuesday, November 17, 2009

KEMAH MOTIVASI BELIA BERPERSATUAN

Belia dan beliawanis sedang menunggu bot di Jeti Batu Kawan

Belia2 dan belia wanis sedang menuruni bukit

Para beliawanis sewaktu perjalanan menuju ke Pulau Gedong

Berkayak bersama2 rakan2 belia

Tinggalan sejarah: Gedong tempat simpan senjata api dizaman British dibina tahun 1901 di Pulau Gedong.


Pada 14~15hb Nov 09 yang lalu Pengerakan Belia 4B caw. Kampung Pertama telah berjaya mengadakan satu program iaitu KEMAH MOTIVASI BELIA BERPERSATUAN, dengan bersama-sama 32 orang belia Kg. Pertama telah ke sebuah pulau di negeri ini yang terkenal dengan belacannya ini iaitu Pulau Aman.

Semua aktiviti2 yang telah dirancang mendapat kerjasama yang baik dari peserta2 belia dan semua peserta2 belia berjaya mengharungi cabaran2 setiap aktiviti2 disediakan oleh pihak penganjur. Bagi peserta2 belia, mereka amat gembira dengan mendapat pengalaman baru sepanjang program ini dan ada dikalangan peserta2 pada mula takut dengan aktiviti yang baru pada mereka, tetapi akhirnya ia menjadi berani dan berminat dengan aktiviti tersebut.

Seluruh AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan tahniah pada Pengerakan Belia 4B caw. Kampung Pertama kerana berjaya menjalankan program ini dengan selamat selama 2 hari satu malam dan dapat mendidik belia2 kampung erti sebenar Belia Berpersatuan.

No comments:

Post a Comment