Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430 H


Gotong-royong ibadah Qurban


Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia telah tetapkan pada 10 Zulhijah 1430 ini (Jumaat), bersamaan 27 November 2009, yang telah diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah baru2 ini..dan umat Islam di negara ini akan menyambutnya dalam beberapa hari lagi....kesempatan ini Komuniti Bestari Kampung Pertama ingin berkongsi sedikit pengertian qurban untuk semua semoga ia dapat menjadi ibadah qurban kali ini lebih sempurna pada tahun2 yang lalu...

PENGERTIAN & HUKUM QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
Dengan ini AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan kepada semua penduduk2 Islam Kampung Pertama, seluruh penduduk2 Islam Permatang Pauh, juga umat Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia..selamat menjalani ibadah qurban dengan ucapan...

'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA'
Di akhir kata 'Setiap saudara Islam itu adalah bersaudara' maka salinglah bermaaf-maafan...

No comments:

Post a Comment