Tuesday, February 23, 2010
Program Muda Mudi Gotong Royong dan Mengecat Masjid Papan Kg Pertama
Sunday, December 27, 2009
Dewan Komuniti Bestari-Dipecah Masuk
Tempat komputer Komuniti Bestari yang telah dicuri
Kejadian ini beri kesan yang amat besar bagi AJK Komuniti Kg Pertama, Pergerakan Belia 4B Kampung Pertama dan juga Kawasan Permatang Pauh kerana banyak maklumat2 ada tersimpan pada komputer2 tersebut, dibawah adalah barang2 yang telah dicuri:-
1) 2 -monitor LCD
2) 4 -CPU komputer
3) 1set -System Equalizer
4) 2 - Sound system (2Kaki)
5) 1 set- Alat2 mikrofon
Kepada sesiapa yang ada maklumat, sila lapor segera kepada Balai Polis yang berhampiran. Dengan peristiwa malang ini kami dipihak AJK Komuniti Bestari Kampung Pertama dengan berbesar hati kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan yang bentuk wang atau peralatan adalah amat di alu-alukan, anda bolehlah hubungi:-
Sunday, December 13, 2009
Pemohonan beras (SUBUR)
Bagi mereka yang layak dan telah menyerah borang pemohonan di harap bersabar kerana borang2 pemohonan mereka akan di hantar kepada badan yang dipertanggungjawabkan dalam urusan 'SUBUR' ini, dan kepada mereka yang berkelayakan AJK Komuniti Kg Pertama ucapkan semoga pemohonan anda harap diterima dan dapat meringankan sedikit perbelanjaan dapur.
Harapan bersyukurlah dengan rahmatNYA dan berterima kasihlah kepada kerajaan pusat dengan sedikit sumbangan/skim beras ini kerana keperihatinan kerajaan pusat dengan permasalahan rakyat.
Monday, December 7, 2009
Sekitar gotong-royong Perdana-Kompleks D, Seberang Jaya
Hampir 400 orang pelajar2 UiTM P.Pinang yang hadir untuk bersama bergotong-royong dalam program tersebut, Komuniti Kg Pertama berharap program seperti ini dapat diadakan di kawasan lain2 seperti kampung2 , bolehlah ia dijadikan sebagai amalan di hari cuti2 atau hujung minggu bagi penduduk kampung kerana aktiviti2 begini mampu memupuk kecintaan kepada kebersihan bagi belia2 dan penduduk2 kampung.
AJK Belia 4B Caw Kampung Pertama juga terlibat dalam program ini dan berbangga dapat bersama2 pelajar2 Uitm/penduduk2/orang ramai dalam program gotong-royong perdana/kenduri rakyat ini.
Tuesday, November 24, 2009
Yen Tok Ceh kembali ke rahmatullah
Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.
Tragedi 20hb November
Mayat arwah ketika ditemuiJabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang ramai, kawan2 arwah, sahabat2 arwah dan juga penduduk kampung Pertama datang bersama mencari dan menyelamat beliau. Mereka semua berkampung ditebing sungai sehingga pagi dalam misi usaha mencari dan menyelamat. Akhirnya mayat arwah ditemui pada pukul 7.30 pagi hari Ahad 22 hb November, mayatnya terdampar di seberang sungai kira-kira 400 meter dari tempatnya terjatuh. Kemudian jenazah dihantar ke hospital untuk proses postmortem dan jenazah selamat dikebumikan pada hari yang sama pada pukul 3.00petang. Tragedi ini juga telah disiarkan di media cetak tanah air-klik sini,klik sini.
Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Pertama mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat adik beliau sehingga jenazah adik beliau ditemui dan selamat dikebumikan.
Dengan itu marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah kepada arwah Zulkefli dan berdoa semoga rohnya diletak dikalangan roh2 orang2 yang beriman.
Al-Fatihah.
Amin.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1430 H

Gotong-royong ibadah QurbanPENGERTIAN & HUKUM QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
- Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
- Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
- Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
